Kemaskini terakhir: 1 Mei 2026
Dengan menggunakan CeriaKid, anda bersetuju untuk terikat dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan perkhidmatan kami.
CeriaKid adalah platform pembelajaran untuk kanak-kanak. Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab ke atas akaun dan aktiviti anak mereka di platform ini.
Semua pelan adalah tahunan dan dibayar di hadapan melalui FPX (Chip-In Asia). Langganan tidak akan diperbaharui secara automatik — anda perlu melanggan semula apabila tempoh berakhir.
Semua pembelian adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan selepas pembayaran berjaya. Sila baca penerangan setiap pelan dengan teliti sebelum membuat pembayaran. Untuk sebarang isu teknikal, hubungi kami dan kami akan bantu selesaikan.
Setiap pelan mempunyai had bilangan peranti yang dibenarkan. Untuk menukar peranti, sila urus melalui halaman Tetapan.
Lukisan, nama anak, dan progress yang anda hasilkan kekal milik anda. Kami hanya simpan untuk tujuan menyediakan perkhidmatan.
Kami berhak menamatkan akaun yang menyalahgunakan platform. Anda boleh padam akaun anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.
CeriaKid disediakan "sebagaimana adanya". Kami tidak menjamin perkhidmatan akan bebas ralat sepenuhnya, walaupun kami berusaha untuk kualiti yang tinggi.
Soalan? E-mel admin@ceriakid.com